Samsung Mengumumkan Tablet ATIV Tab 3

Samsung Mengumumkan Tablet ATIV Tab 3

Diterbitkan pada June 21, 2013 oleh .

Samsung sebelum ini telah memperkenalkan Galaxy Tab 3yang dijana menggunakan Android, dan kini mereka turut hadir dengan variasi yang menggunakan Windows, dikenali sebagai ATIV Tab 3.

Samsung-PREMIERE-2013-Livestream-YouTube1-1 copy

Tablet ATIV Tab 3 mempunyai ketebalan 8.2mm dan seberat 550gram. Ia membawakan skrin bersaiz 10.1 inci dan mempunyai kapasiti bateri yang mampu beroperasi selama 10 jam. Tablet ini turut dijana menggunakan cip pemprosesan Intel ATOM Z2760 dan memori 2GB DDR2LP2, serta membawakan ruangan storanĀ 64GB eMMC.

msoffice

Seperti beberapa peranti berasaskan Windows, tablet ini turut didatangkan bersama-sama aplikasi pejabat Microsoft Office, membolehkan para pengguna untuk membuat tugasan pejabat menggunakannya pada bila-bila masa.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui berkenaan bilakah tablet ini akan hadir ke pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN