Samsung Mengumumkan ATIV One 5 Style

Samsung Mengumumkan ATIV One 5 Style

Diterbitkan pada June 21, 2013 oleh .

Dengan beberapa peranti dibawah keluarga ATIV diperkenalkan oleh Samsung, mereka turut sama memperkenalkan salah satu komputer terbaru mereka, dikenali sebagai ATIV One 5 Style.

AtivOneTouch5-homesync Finder (1)

Komputer berasaskan sistem operasi Windows ini membawakan paparan yang agak nipis dan didatangkan dengan rekabentuk yang amat elegan. Ia turut menyertakan skrin dengan paparan sebesar 21.5-inci (resolusi 1920×1080 pixel). Berbeza dengan beberapa yang lain, ia turut didatangkan dengan cip pemprosesan AMD A6, dan turut menyertakan ruangan storan sehingga 1TB HDD. Beberapa fungsi popular Samsung, seperti SideSync, dan HomeSync turut disertakan oleh Samsung pada ATIV One 5 Style ini.

Buat masa ini tiada kata putus mengenai tarikh penjualan dan harga komputer ini serta bilakah ia akan tersedia buat pengguna tempatan.


TIPS & ULASAN