Instagram Memperkenalkan Sokongan Video

Instagram Memperkenalkan Sokongan Video

Diterbitkan pada June 21, 2013 oleh .

InstagramSeperti mana yang diura-ura akan sebelum ini, hari ini pihak Instagram menambah sokongan perkongsian video pada laman mereka, membolehkan para pengguna merakamkan video menggunakan aplikasi Instagram, dan kemudiannya menambah kesan khas (filter) sebelum ia dikongsikan bersama-sama yang lain.

Menggunakan aplikasi ini, para pengguna boleh merakamkan gambar sehingga 15 saat menggunakan aplikasi berkenaan, dan pihak Instagram membawakan sebanyak lebih 13 pilihan filter yang khas untuk video. Seperti pada YouTube, Instagram juga turut menyertakan sokongan untuk memilih thumbnail, membolehkan paparan video anda masih kekal cantik walaupun ia tidak dimainkan oleh pengguna lain.

Bagi para pengguna Instagram, anda boleh mengemaskini aplikasi pada versi iOS dan juga Android untuk menikmati sokongan video yang dibawakan oleh Instagram ini.


TIPS & ULASAN