Sekitar Samsung PREMIERE 2013 – Pengenalan Galaxy NX Dan ATIV Q

Sekitar Samsung PREMIERE 2013 – Pengenalan Galaxy NX Dan ATIV Q

Diterbitkan pada June 21, 2013 oleh .

Samsung pada awal pagi tadi telah memperkenalkan beberapa produk baru mereka, dimana antaranya adalah telefon pintar Galaxy dan juga kamera baru dinamakan Galaxy NX. Selain peranti berasaskan Android, pihak Samsung turut menggunakan acara yang sama dalam memperkenalkan beberapa produk berasaskan platform Windows kepada semua.

Samsung ATIV Q

Pada acara tersebut, Samsung turut sama memperlihatkan Galaxy S4 Zoom, Galaxy S4 Active, dan juga Galaxy S4 Mini yang telah diperlihatkan sebelum ini. Disamping itu, apa yang menarik perhatian adalah ATIV Q yang membawakan gabungan antara Windows dan Android dalam satu peranti.

Memandangkan kesemua peranti ini baru sahaja diumumkan, maka mungkin ia akan mengambil masa beberapa bulan sebelum hadir ke pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN