WhatsApp Kini Mempunyai Lebih Daripada 250 Juta Pengguna Aktif

WhatsApp Kini Mempunyai Lebih Daripada 250 Juta Pengguna Aktif

Diterbitkan pada June 21, 2013 oleh .

Walaupun perkhidmatan permesejan lain mula hadir di pasaran dengan pelbagai promosi dan kerjasama, WhatsApp kelihatan terus mengukuhkan kedudukan mereka, dimana terkini ia dilaporkan perkhidmatan permesejan tersebut telah pun mempunyai lebih daripada 250 juta pengguna aktif diseluruh dunia.

Angka yang dikeluarkan ini memperlihatkan peningkatan lebih 50 juta pengguna dalam tempoh masa lebih kurang 2 bulan. Purata mesej yang dihantar melalui perkhidmatan mereka setiap hari juga kini mencapai angka 18 bilion mesej setiap hari.

Dengan trend lebih ramai pengguna yang mempunyai akses internet pada peranti mudah-alih mereka, lebih ramai yang beralih menggunakan aplikasi permesejan seperti WhatsApp dan beberapa yang lain. Dan dengan WhatsApp yang menyokong pelbagai jenis platform, ia memudahkan pengguna menggunakannya dalam berinteraksi bersama-sama rakan mereka yang lain.


TIPS & ULASAN