Cari @ Amanz

Evernote merupakan salah satu aplikasi yang digunakan untuk tujuan pengambilan nota oleh ramai pengguna seluruh dunia. Terkini, mereka turut hadir dengan kemaskini untuk versi Chrome, membolehkan pengguna untuk turut menambah fail yang disertakan bersama emel, dan menyimpannya di Evernote.

Evernote Webclipper
Bagi yang pernah menggunakan Evernote untuk Chrome, mungkin sedia mengenali akan fungsi webclipper, membolehkan anda menyimpan pelbagai perkara ketika melayari web terus ke Evernote.

Dengan sokongan baru ini, ia sekaligus membolehkan pengguna untuk menyimpan emel-emel penting, atau dokumen yang disertakan bersama-sama dengannya di Evernote, dan dipaparkan pada Evernote dalam bentuk yang tersusun dan menarik.

Pengguna yang berminat, boleh menggunakan Evernote untuk Chrome hari ini, dan mencuba sendiri fungsi ini, sekaligus menjadikan proses penyimpanan nota pada Evernote lebih mudah lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd