Cari @ Amanz

Google boleh dikatakan sering menguji pelbagai produk baru mereka secara dalaman sebelum ia diperkenalkan kepada umum. Terkini, ia dilaporkan sedang menguji salah satu perkhidmatan baru yang dikenali sebagai Google Mine.

Daripada apa yang diketahui, Google Mine dikatakan akan membolehkan para pengguna untuk berkongsi pelbagai perkara seperti gambar, dan beberapa perkara lain bersama-sama rakan-rakan di Google+ Circles

Google Mine

Selain hanya berkongsi, ia juga turut membolehkan para pengguna untuk memberikan ulasan, rating dan sebagainya untuk sesuatu perkara yang dikongsi melalui Google Mine ini.

Buat masa ini, ia masih dalam ujian awal secara dalaman, dan tidak diketahui lagi bilakah akan dilancarkan kepada umum. Selain hanya versi web, ia dilaporkan versi Android juga turut akan menyusul untuk Google Mine.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd