Cari @ Amanz

Sony SmartWatchBeberapa pengeluar telah dikatakan akan hadir dengan jam tangan pintar mereka pada tahun ini, dan Sony yang sedia menawarkan jam tangan pintar mereka, kini kelihatan akan turut hadir dengan salah satu Smartwatch baru pada minggu hadapan.

Melalui akaun Twitter pihak Sony, mereka telah pun mengeluarkan beberapa tweet yang memfokuskan kepada jam tangan pintar, dan kelihatan mereka akan mengumumkannya pada minggu hadapan.

Sony dijangka akan mengadakan acara khas mereka di Shanghai pada minggu hadapan, dan mungkin kita akan mengetahui lebih lanjut mengenainya pada hari Selasa hadapan.

sony-mae2013_01

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd