Salah satu filem biografi Steve Jobs yang dinantikan ramai adalah jOBS yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Setelah beberapa gambar ketika rakaman kelihatan sebelum ini, kini video trailer pertama untuknya diterbitkan di internet.
Daripada trailer pertama ini, secara kasarnya dapat lihat dimana ia membawakan kisah mengenai Steve Jobs, sejak daripada permulaan syarikat Apple, sehinggalah beliau dibuang daripada Apple dan kemudian menyertainya balik. Secara kasarnya, ia mengambil latar hidup Steve Jobs dari tahun 1971 sehingga 2011.
Filem ini disasarkan untuk ditayangkan pada bulan Ogos 2013 ini, dan mungkin akan menjadi salah satu filem yang dinantikan ramai.