Untuk tujuan memaparkan dokumen berformat PDF, pihak Mozilla telah hadir dengan projek sumber-terbuka mereka yang dikenali sebagai PDF.js. Kini, menggunakan fail sumbernya, pihak Opera turut sama membangunkan versi mereka untuk pelayar web baru mereka yang berasaskan enjin Chromium.
Memandangkan ia menggunakan kod PDF.js, maka boleh dikatakan extension untuk Opera ini adalah berasaskan teknologi web yang berjalan pada HTML, CSS dan juga JavaScript.
Walaubagaimanapun, ia boleh dikatakan masih pada peringkat awal, dan mengikut beberapa maklumbalas awal, ia berfungsi dengan lancar untuk dokumen dengan sekitar 10 muka surat, tetapi menghadapi sedikit lengah masa untuk membuka dokumen bersaiz besar.
Apa pun, bagi anda yang telah sedia menggunakan Opera Next, anda boleh memuat-turun extension ini dan menggunakannya pada pelayar web anda untuk melihat dokumen berformat PDF dengan lebih mudah.
Muat-Turun PDF Viewer untuk Opera