Lebih 5 Juta Video Dimuat-Naik Ke Instagram Dalam Tempoh 24 Jam Pertama

Lebih 5 Juta Video Dimuat-Naik Ke Instagram Dalam Tempoh 24 Jam Pertama

Diterbitkan pada June 22, 2013 oleh .

Setelah lebih kurang 24 jam pihak Instagram memperkenalkan sokongan perkongsian video melalui perkhidmatan mereka, kini mereka turut sama berkongsi berkenaan dengan statistik untuk tempoh 24 jam pertama.

Instagram Video

Daripada apa yang dikongsikan pihak Instagram, sebanyak 5 juta video telah dimuat-naik oleh pengguna perkhidmatan tersebut dalam tempoh 24 jam pertama, sekaligus memperlihatkan potensi perkongsian video melalui Instagram.

Ia turut dikongsikan, mengatakan kadar tertinggi yang dicapai adalah apabila pengguna Instagram memuat-naik video berjumlah selama 40 jam dalam masa seminit.

Namun, kebiasaannya, pada permulaan mungkin ramai yang ingin mencuba perkhidmatan tersebut, dan semestinya cabaran selepas ini adalah terus hadir dengan beberapa perkara menarik untuk memastikan pengguna kekal menggunakan perkhidmatan perkongsian video melalui Instagram.


TIPS & ULASAN