HTC Dilaporkan Sedang Membangunkan Variasi “One” Menjalankan Windows Phone

Diterbitkan pada Jun 22, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

HTC sedia menerima pelbagai maklumbalas positif ke atas rekaan peranti HTC One mereka, dan kini mengikut beberapa laporan awal, ia dikatakan pihak HTC akan hadir dengan variasi HTC One yang menjalankan sistem operasi Windos Phone 8.

HTC One WP

Daripada apa yang diketahui, peranti tersebut dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz antara 4 ke 5-inci, selain turut menyertakan sokongan Beats Audio dan kemaskini Windows Phone 8 GDR3 bersama-sama dengannya.

Peranti ini dikatakan akan hadir ke pasaran dalam masa beberapa bulan lagi. Kesahihannya masih tidak diketahui lagi, dan memandangkan terakhir sekali pihak HTC melancarkan peranti Windows Phone adalah ketika penghujung tahun lepas, maka mungkin mereka sedang membangunkan sesuatu untuk tahun ini.

Sama-sama kita nantikannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami