Aplikasi Vine Untuk Android Dikemaskini Dengan Sokongan Perkongsian Ke Facebook

Aplikasi Vine Untuk Android Dikemaskini Dengan Sokongan Perkongsian Ke Facebook

Diterbitkan pada June 22, 2013 oleh .

Selang sehari selepas Instagram memperkenalkan sokongan video, kini pihak Twitter mengemaskini aplikasi Vine untuk Android dengan beberapa perkara baru, termasuk sokongan untuk perkongsian ke Facebook, dan juga ruangan carian yang lebih baik.

Kini, pengguna Vine untuk Android, boleh membuat carian menggunakan hashtag ataupun mengikut nama pengguna seseorang.

Walaubagaimanapun, sokongan untuk kamera hadapan masih tidak diperkenalkan untuk versi Android buat masa ini, menjadikan Instagram untuk Android setapak dihadapan.

Namun, dari segi komuniti sendiri, di Vine kita dapat melihat lebih banyak yang memfokuskan kepada video-video berbentuk stop-motion dan yang agak kreatif, manakala di Instagram lebih kepada perkongsian biasa daripada pengguna.

Apa pun, mungkin ia akan berubah dari masa ke semasa, dan persaingan sihat antara kedua-duanya adalah salah satu perkara yang menguntungkan para pengguna.

Muat-Turun Vine untuk Android


TIPS & ULASAN