Cari @ Amanz

Samsung dijangka akan memperkenalkan kemaskini Android 4.2.2 Jelly Bean untuk Samsung Galaxy S3 sekitar sebulan dua lagi, dan kini, salah satu versi daripadanya tertiris ke arena web, membawakan fungsi-fungsi seumpama Galaxy S4 bersama-sama dengannya.

Daripada beberapa laporan awal, ia dikatakan menghampiri versi akhir, dimana bersama-sama versi yang tertiris ini, ia menyertakan paparan antaramuka yang dikemaskini, sokongan Lockscreen dengan penyertaan widget, fungsi kawalan suara yang dikemaskini, S-Voice versi baru, fungsi Daydream, dan beberapa fungsi yang lain.

Galaxy S3 - Android 4.2.2

Galaxy S3 - Android 4.2.2

Seperti biasa, memandangkan ia masih belum dilancarkan secara rasmi, maka mungkin ada satu dua perkara yang tidak stabil buat masa ini.

Bagi mereka yang ingin mengambil risiko, mungkin boleh memuat-turunnya dan mencuba pada peranti Galaxy S3 anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd