LG Bakal Memperkenalkan Peranti Baru Pada Awal Ogos Kelak

LG Bakal Memperkenalkan Peranti Baru Pada Awal Ogos Kelak

Diterbitkan pada June 22, 2013 oleh .

Dengan ramai pengeluar hadir dengan peranti baru mereka, pihak LG nampaknya tidak ingin ketinggalan sama, dan kini menjadualkan sebuah acara media khas untuk pengenalan peranti baru mereka pada awal Ogos kelak.

Buat masa ini, peranti yang akan diperkenalkan masih menjadi tanda tanya ramai pengguna, dan ramai membuat spekulasi kemungkinan pihak LG akan hadir dengan versi Optimus G yang baru.

LG Optimus G Pro

Ia turut dikatakan peranti baru kelak akan dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800, sekaligus membawakan kuasa pemprosesan yang tinggi.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh pihak LG kelak.


TIPS & ULASAN