Jam Tangan Pintar Terbaru Sony Bakal Menjalankan Android Dan Menyokong NFC?

Jam Tangan Pintar Terbaru Sony Bakal Menjalankan Android Dan Menyokong NFC?

Diterbitkan pada June 23, 2013 oleh .

Sony SmartWatchSony bakal mengadakan sebuah acara media khas mereka pada hari Selasa akan datang ini, dimana mengikut tweet daripada pihak Sony, kemaskini kepada keluarga SmartWatch dijangka akan diperkenalkan pada hari tersebut.

Kini, mengikut beberapa sumber, ia dilaporkan yang mana jam tangan pintar terbaru daripada Sony ini akan menyertakan skrin yang lebih besar daripada versi sekarang ini, disamping turut menjalankan sistem operasi berasaskan Android (seperti SmartWatch pada hari ini).

Selain itu, ia turut dijangka akan menyertakan sokongan NFC, seperti kebanyakkan peranti Sony, membolehkan pengguna menghubungkan ia dengan peranti lain melalui menyentuhnya sahaja.

Apa pun, buat masa ini, ia hanya sekadar laporan awal, dan mungkin kita akan mengetahui akan kesahihannya pada hari pelancarannya, Selasa ini. Sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh Sony.


TIPS & ULASAN