Cari @ Amanz

Dalam pelbagai distro Linux, salah satu yang popular adalah Linux Mint. Hari ini, pembangunnya telah pun secara rasminya mengumumkan nama kod untuk versi akan datang., yang mana akan dipanggil dengan nama “Petra”.

Linux Mint 14 Nadia

Daripada apa yang diketahui buat masa ini, Linux Mint 16 akan menyertakan Cinnamon 2.0, yang mana akan bebas sepenuhnya daripada GNOME. Pihak pembangunnya turut mengatakan ia akan ditawarkan dalam beberapa versi, termasuk Cinnamon, MATE, KDE dan juga Xfce.

Sistem operasi Linux Mint 16 “Petra” ini disasarkan untuk dilancarkan pada penghujung bulan November 2013 kelak, dan mungkin kita akan mendengar lebih banyak mengenai fungsi-fungsi yang akan disertakan dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd