Cari @ Amanz

Mungkin ramai sedia kenali akan perkhidmatan seperti iBilik dan AirBNB yang menawarkan kebolehan untuk pengguna menyewakan bilik kosong ataupun rumah kepada para pelancong. Bagaimana pula sekiranya konsep yang serupa diperkenalkan pada makanan?

Plate Culture mengambil konsep tersebut, membolehkan para pengguna untuk menawarkan makanan yang dimasak oleh mereka kepada yang lain pada suatu harga.

Melaluinya, ia bukan sahaja membolehkan pengguna, terutamanya suri rumah dan sebagainya menjana pendapatan, tetapi pada masa yang sama membolehkan mereka yang inginkan masakan dengan suasana makan dirumah untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Plate Culture

Menggunakan Plate Culture, ia membolehkan para pengguna untuk menyenaraikan masakan mereka, dan menerima tempahan daripada mereka yang inginkannya. Selain itu, bagi para pelancong, mereka boleh menetapkan bila mereka ingin ke sesuatu lokasi, dan memilih jenis masakan yang digemari mereka.

Plate Culture juga memberikan pengalaman makan yang lebih peribadi, apatah lagi jikalau dibandingkan dengan makan di kedai makan atau restoran di luar.

Bagi mereka yang ingin mencubanya, boleh ke laman Plate Culture hari ini, dan menggunakannya dalam bukan sahaja menawarkan makanan yang dimasak anda, tetapi turut sama mencari makanan dan pada masa yang sama menambah rakan menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd