Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Perkhidmatan Seumpama Flipboard

Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Perkhidmatan Seumpama Flipboard

Diterbitkan pada June 24, 2013 oleh .

Pada minggu lepas, kita telah mendengar desas-desus mengatakan Facebook akan hadir dengan sebuah pembaca RSS, dan kini lanjutan daripadanya, WSJ turut sama melaporkan, mengatakan Facebook mensasarkan untuk memperkenalkan perkhidmatan mengikuti berita melalui peranti mudah-alih.

Daripada apa yang dilaporkan WSJ, produk baru ini dikenali sebagai “Reader” secara dalaman, telah dibangunkan sejak lebih setahun.

“Facebook Reader” ini dijangka akan memfokuskan kepada peranti mudah-alih sahaja, dan tidak diketahui sama ada versi web akan hadir ataupun sebaliknya.

Seperti semua sedia maklum, pelbagai artikel sedia dikongsikan pengguna melalui Facebook, dan mungkin mereka akan hadir dengan kelebihan tersendiri untuk perkhidmatan baru ini kelak.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan memperkenalkan perkhidmatan “Facebook Reader” ini kepada umum.


TIPS & ULASAN