Celcom Menguji Perkhidmatan Video Dinamakan ESCNow

Celcom Menguji Perkhidmatan Video Dinamakan ESCNow

Diterbitkan pada June 24, 2013 oleh .

Telekom Malaysia dan Astro sedia menawarkan perkhidmatan video mereka, membolehkan pengguna mengikuti rancangan dan filem yang diminati terus pada peranti mudah-alih mahupun web. Kini, nampaknya pihak Celcom turut tidak ingin ketinggalan melalui salah satu perkhidmatan yang dinamakan sebagai EscNow.

Daripada penerangan melalui laman web ESCNow, perkhidmatan ini dikatakan membolehkan para pengguna untuk mengikuti pelbagai jenis rancangan televisyen, berita, dan juga filem terus melaluinya. Ia turut dioptimasikan untuk paparan web, mahupun melalui aplikasi iOS atau Android.

Untuk menggunakannya, kini pengguna memerlukan nombor telefon Celcom, membolehkan pengguna melakukan pembelian filem ataupun rancangan yang diminati mereka dengan mudah melaluinya. Melalui laman ESCNow juga, ia dikatakan perkhidmatan ini dibangunkan oleh anak syarikat penuh Celcom, yang dinamakan sebagai Escape Axiata, yang mana mungkin juga hadir dengan beberapa perkhidmatan lain pada masa akan datang.

EscNow

Daripada apa yang diperlihatkan pada laman tersebut, filem yang ditawarkan berharga berbeza mengikut tahun ia ditayangkan, dimana filem-filem baru yang disenaraikan adalah berharga RM9 manakala yang filem lama ditawarkan pada harga RM6.

Ia tidak diketahui lagi bilakah ESCNow ini akan dilancarkan secara rasminya. Namun, aplikasi Android dan iOS untuknya telah pun tersedia, selain laman web khas untuknya.


TIPS & ULASAN