Selain daripada aplikasi Android, terdapat juga beberapa aplikasi pada iOS yang menawarkan sokongan untuk melihat indeks pencemaran udara, dan mengikuti perkembangannya dengan mudah melalui peranti anda. Salah satu aplikasi iOS yang menarik minat pada AppStore adalah Malaysia Air Pollutant Index (MAPI).
Aplikasi percuma untuk iOS, mengambil data daripada laman Jabatan Alam Sekitar, dimana menggunakannya pengguna boleh mengetahui indeks pencemaran udara semasa mengikut lokasi, disamping melihat laporan mengikut suatu tarikh yang ditetapkan pengguna. Pembangunnya juga turut menyatakan yang mana memandangkan ia bergantung kepada data daripada laman Jabatan Alam Sekitar, maka kadang-kala ia mungkin mengalami masalah untuk diakses.
Apa pun, bagi mereka yang ingin mengikuti perkembangan semasa dan indeks pencemaran udara, mungkin aplikasi ini agak berguna untuk anda, dan boleh dimuat-turun secara percuma daripada AppStore.
- Muat-Turun Malaysia Air Pollutant Index untuk iOS