Nampaknya, HP turut memberikan perhatian kepada pembangunan sistem operasi Android, dimana selain daripada tablet sebelum ini, hari ini mereka turut hadir dengan komputer-semua-dalam-satu yang menjalankan sistem operasi Android.
HP Slate 21 AIO ini membawakan skrin bersaiz 21-inci dengan paparan HD penuh, disamping turut dijana menggunakan cip NVIDIA Tegra 4. Dari segi platform operasi, HP Slate 21 AIO ini menjalankan Android 4.2.2 dan didatangkan dengan beberapa aplikasi tambahan daripada HP.
Buat masa ini, harga jualan peranti ini masih tidak diketahui.