Sony Bakal Mengumumkan Xperia C Dengan Cip MediaTek?

Sony Bakal Mengumumkan Xperia C Dengan Cip MediaTek?

Diterbitkan pada June 24, 2013 oleh .

xperiaSony bakal mengadakan sebuah acara media khas esok, dan kini mengikut salah satu laporan baru, pengeluar peranti tersebut dikatakan akan hadir dengan telefon pintar yang dikenali sebagai Xperia C yang menggunakan cip pemprosesan MediaTek.

Mengikut laporan awal, peranti bersaiz 5-inci ini kelak akan dilengkapi cip empat teras MediaTek MT6589, memori 1GB RAM dan turut menyerakan sokongan kad mikro-SD. Xperia C ini dikatakan akan turut dilengkapi dengan kamera 8-megapixel bersama-sama dengannya.

Daripada apa yang diketahui, peranti ini disasarkan untuk pasaran China dan beberapa pasaran terpilih yang lain.

Mungkin kita akan mendengar lebih banyak mengenainya esok, selain pengumuman berkaitan jam tangan pintar daripada Sony.


TIPS & ULASAN