Cari @ Amanz

Fungsi pembayaran mudah-alih merupakan salah satu perkara yang diperbincangkan dengan hangat ketika ini, apatah lagi dengan lebih ramai menggunakan telefon pintar. Dalam usaha memperkenalkan kepada pelanggan Celcom, kini dilihat syarikat telekomunikasi tersebut telah pun mengumumkan kerjasama dengan syarikat Sweden, Seemless.

Melalui kerjasama ini, Celcom akan menjadi yang pertama di Asia Tenggara untuk menawarkan perkhidmatan SEQR, membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran untuk pembelian menggunakan telefon pintar mereka.

Daripada apa yang diketahui, SEQR menggunakan sokongan QR atau NFC untuk membuat pembelian di kedai ataupun melalui web. Pengguna juga dikatakan akan menerima resit digital sebaik sahaja membuat pembelian, sekaligus memudahkan pengurusan pembelanjaan mereka.

Buat masa ini, kedua-dua syarikat ini baru sahaja mengumumkan kerjasama, dan mungkin akan mengambil masa beberapa bulan sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd