Kini Anda Boleh Melawati Burj Khalifa Terus Melalui Google Street View

Kini Anda Boleh Melawati Burj Khalifa Terus Melalui Google Street View

Diterbitkan pada June 24, 2013 oleh .

Burj KhalifaGoogle sedia membawa pelbagai kawasan menarik melalui Street View, dan hari ini mereka turut sama meliputi bangunan tertinggi didunia, iaitu Burj Khalifa, Dubai.

Daripada apa yang dikongsikan, pihak Google menggunakan Street View Trekker dan juga Trolley dalam merakamkan gambar 360-darjah bangunan tersebut, membolehkan para pengguna untuk melihat bangunan tersebut sepenuhnya daripada luar ataupun dalam bangunan tersebut.

Bagi anda yang ingin melawat bangunan tersebut, boleh melayari laman khas yang disediakan Google pada Street View, dan melihat Burj Khalifa terus melalui pelayar web anda hari ini.

Lawati Burj Khalifa Pada Street View


TIPS & ULASAN