Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia Menyatakan Sokongan Untuk APT 700MHz

Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia Menyatakan Sokongan Untuk APT 700MHz

Diterbitkan pada June 24, 2013 oleh .

Asia TenggaraBadan pemantau telekomunikasi dan informasi di empat buah negara Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Singapura, Brunei dan juga Indonesia kini dilihat bekerjasama mengumumkan komitmen mereka untuk mengikuti perancangan Asia Pacific Telecommunity 700 MHz (APT 700MHz).

Dengan lebih ramai pengguna diseluruh dunia yang mula menggunakan peranti mudah-alih, penggunaan data juga meningkat. Ia dikatakan dengan menggunakan frekuensi pada 700 MHz, ia membolehkan spektrum jalur-lebar yang lebih luas diperkenalkan, sekaligus meningkatkan kadar pemindahan data mudah-alih. Penggunaan 700MHz juga dikatakan akan membolehkan liputan yang lebih meluas serta perkhidmatan didalam bangunan yang lebih baik berbanding sedia ada.

Buat masa ini, selain empat negara ini, antara yang lain turut mengumumkan sokongan untuk APT 700MHz adalah termasuk Afghanistan, Bangladesh, Bhutn, India, Iran, Maldives, Nepal, Pakistan, dan Sri Lanka.

Bacaan lanjut : APT 700MHz


TIPS & ULASAN