Cari @ Amanz

Huawei selain memperkenalkan telefon pintar Ascend P6 pada minggu lepas, hari ini mereka turut sama hadir dengan salah satu tablet Android bersaiz 7-inci yang mana disertakan dengan sokongan panggilan telefoni.

Huawei MediaPad 7 Vogue

Tablet yang dikenali dengan nama MediaPad 7 Vogue ini membawakan paparan dengan resolusi 1024×600 pixel, cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz K3V2 Cortex-A9, memori sebanyak 1GB RAM dan juga ruangan storan terbina sehingga 8GB (didatangkan dengan sokongan mikro-SD).

Untuk rakaman gambar pula, ia menyertakan kamera 3-megapixel pada bahagian belakang, dan 0.3-megapixel untuk panggilan video.

Dari segi spesifikasi, ia boleh dikatakan ditujukan untuk pasaran membangun ataupun mereka yang inginkan sebuah tablet untuk membaca dan mengikuti kandungan multimedia selain menggunakannya untuk panggilan telefoni.

Tablet ini bakal ditawarkan dalam warna hitam dan putih, dan akan diperkenalkan untuk pasaran China terlebih dahulu sebelum ditawarkan ke negara-negara lain seluruh dunia.

Huawei MediaPad 7 Vogue

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd