Carian
EasyTaxi Mengumpulkan Dana $15 Juta Untuk Memperluaskan Perkhidmatan
June 25, 2013 Aman

Terdapat beberapa perkhidmatan tempahan teksi di pasaran tempatan termasuk TaxiMonger dan juga MyTeksi. Terkini, salah satu perkhidmatan daripada Rocket Internet yang mula memperluaskan perkhidmatan mereka di Malaysia adalah EasyTaxi.

EasyTaxi buat masa ini hanya ditawarkan untuk kawasan sekitar Kuala Lumpur sahaja, membolehkan para pengguna tempatan membuat tempahan teksi terus menggunakan telefon mudah-alih.

Pada masa yang sama, terkini, pihak Rocket Internet juga turut sama berkongsi mengenai pengumpulan dana terbaru mereka untuk perkhidmatan EasyTaxi yang mana berjumlah $15 juta. Daripada apa yang dikongsikan, dana tersebut akan digunakan dalam memperluaskan perkhidmatan tersebut ke beberapa buah negara, dan mungkin pada masa yang sama digunakan untuk memperluaskan perkhidmatan EasyTaxi dalam negara-negara sedia ada ia ditawarkan.

Menariknya, pengumuman ini turut hadir selepas pengumuman Zalora dan juga Lazada mengumpulkan dana untuk memperluaskan perkhidmatan mereka di rantau ini.

Mungkinkah pelaburan pihak Rocket Internet di rantau ini sekaligus menguntungkan arena e-dagang dan teknologi tempatan?

Komen