Apple Memperkenalkan iOS 7 Beta 2 Dengan Sokongan Untuk iPad Dan iPad Mini

Apple Memperkenalkan iOS 7 Beta 2 Dengan Sokongan Untuk iPad Dan iPad Mini

Diterbitkan pada June 25, 2013 oleh .

Lanjutan daripada pengenalan iOS 7 Beta sebelum ini, hari ini pihak Apple turut mengeluarkan versi beta kedua, dimana bersama-sama dengannya turut diperkenalkan adalah sokongan iOS 7 Beta untuk iPad dan juga iPad Mini.

Disamping sokongan untuk tablet Apple, iOS 7 Beta 2 ini turut membawakan beberapa penambahan baru, termasuk sokongan Voice Memos, dan juga suara Siri yang baru seperti mana diperlihatkan pada WWDC 2013 lepas.

Bagi para pembangun yang sedia menggunakan iOS 7 Beta sedia ada, anda akan mula menerima kemaskini melalui OTA, sementara pembangun juga turut boleh memuat-turun ia daripada laman pembangun Apple.


TIPS & ULASAN