Samsung Dilaporkan Ingin Menamatkan Perniagaan Desktop

Samsung Dilaporkan Ingin Menamatkan Perniagaan Desktop

Diterbitkan pada June 25, 2013 oleh .

Adakah pengeluar lain akan turut mengikut jejak sama?Samsung kini sedia terkenal dengan pengeluaran peranti mudah-alih mereka terutamanya telefon pintar, phablet dan juga tablet. Kini, mengikut salah satu laporan terbaru, Samsung dikatakan akan menamatkan perniagaan desktop mereka tidak lama lagi.

Daripada apa yang dilaporkan, Samsung dikatakan ingin menamatkan perniagaan desktop kerana kekurangan permintaan, sekaligus memfokuskan kepada peranti mudah-alih yang popular pada hari ini.

Samsung dikatakan akan memfokuskan kepada tablet, AIO, dan juga peranti hibrid, sekaligus memperlihatkan fokus mereka kepada peranti mudah-alih yang kelihatan lebih menguntungkan.

Pada masa yang sama, ia turut dilaporkan yang mana Samsung akan turut hadir dengan pelbagai variasi tablet pada tahun hadapan, selain daripada telefon pintar Galaxy mereka.

Kemaskini : Ia kelihatan Samsung menidakkan laporan ini, dan mungkin masih komited dengan perniagaan desktop


TIPS & ULASAN