Cari @ Amanz

Dengan peranti Android dan iOS yang semakin meluas digunakan, ia turut memberikan kesan kepada dunia gaming. Mengikut salah satu laporan terbaru, ia dikatakan Microsoft ingin membawakan permainan Xbox serta PC ke dua platform popular, iaitu Android dan iOS pada tahun ini.

Untuk menjayakannya, ia dikatakan Microsoft bekerjasama dengan salah satu syarikat pembangun permainan di Jepun, Klab Inc.

Permainan pertama yang dijangka akan ditawarkan melalui perkara ini adalah “Age of Empires” yang mana dikatakan akan ditawarkan secara percuma untuk dimainkan.

Ia dikatakan permainan “Age of Empires” untuk Android dan juga iOS ini akan hadir pada penghujung tahun fiskal 2013 ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd