BlackBerry Q5 Akan Diperlihatkan Di Malaysia Pada Awal Julai

BlackBerry Q5 Akan Diperlihatkan Di Malaysia Pada Awal Julai

Diterbitkan pada June 25, 2013 oleh .

Pihak BlackBerry Malaysia telah melancarkan BlackBerry Q10 baru-baru ini, dan kini mereka turut sama mensasarkan untuk pelancaran peranti QWERTY terbaru mereka, BlackBerry Q5 pada awal Julai ini di Malaysia.

BlackBerry Q5

Seperti semua sedia maklum, BlackBerry 5 dilihat sebagai penganti keluarga “Curve” sebelum ini, sekaligus akan membolehkan lebih ramai memilikinya pada harga yang lebih rendah berbanding dengan Q10 sebelum ini.

BlackBerry Q5 juga ditawarkan dalam beberapa warna, termasuk putih, hitam dan merah, disamping dijana menggunakan sistem operasi BlackBerry 10.

Apa pun, sama-sama kita nantikan 4 Julai kelak untuk melihat dan mendengar lebih lanjut mengenai BlackBerry Q5 untuk pasaran tempatan.

BlackBerry Q5 Malaysia


TIPS & ULASAN