Sony Memperkenalkan Smartwatch 2 – Kalis Air Dan Dilengkapi NFC

Sony Memperkenalkan Smartwatch 2 – Kalis Air Dan Dilengkapi NFC

Diterbitkan pada June 25, 2013 oleh .

Selain daripada phablet Xperia Z Ultra, pihak Sony juga turut sama memperkenalkan Sony Smartwatch 2 hari ini, yang mana merupakan jam tangan pintar terkini daripada Sony, dilengkapi dengan Android dan beberapa fungsi mudah untuk menguruskan beberapa perkara utama.

Jam tangan pintar Smartwatch 2 ini dilengkapi dengan sistem operasi Android, serta didatangkan dengan sokongan NFC. Jam tangan ini juga turut sama dilengkapi dengan rekabentuk yang menarik serta kalir air seperti beberapa peranti Sony lain.

Sony Smartwatch 2

Daripada apa yang dikongsikan Sony, jam tangan pintar ini membolehkan pengguna menguruskan panggilan terus melaluinya, selain turut menggunakan ia sebagai remote untuk merakamkan gambar, mengawal beberapa dokumen, disamping menggunakannya untuk beberapa aplikasi popular seperti Runtastic dan beberapa yang lain.

Jam tangan pintar ini dikatakan boleh digunakan bersama-sama telefon pintar dan tablet Android. Apabila tidak dihubungkan, ia berfungsi seperti jam tangan digital, serta membaca notifikasi yang lepas, menetapkan alarm dan beberapa yang lain.

Sony Smartwatch 2 dijangka akan ditawarkan di pasaran global bermula bulan September 2013 kelak.


TIPS & ULASAN