Cari @ Amanz

Setelah melalui pelbagai fasa ujian sebelum ini, kini ROM CyanogenMod 10.1 telah pun dilancarkan secara rasminya, membolehkan pengguna beberapa peranti utama menggunakan ia sebagai ganti kepada ROM yang didatangkan bersama-sama peranti mereka.

CyanogenMod 10

Daripada apa yang dilihat, pelbagai peranti utama, seperti Xperia Z, HTC One dan juga Galaxy S4 telah menerima sokongan tersebut, membolehkan mereka yang menggunakannya, mengantikan dengan ROM CyanogenMod.

Secara asasnya, CyanogenMod 10.1 ini dibangunkan berasaskan kepada Android 4.2, disamping menyertakan beberapa fungsi tambahan. Pembangunnya juga turut mengatakan mereka akan turut memfokuskan kepada pengenalan beberapa fungsi baru setiap bulan untuk 10.1 selepas ini.

Bagi mereka yang ingin memasang custom ROM pada peranti mereka, mungkin boleh menyemak laman CyanogenMod untuk melihat sama ada sokongan untuk peranti anda telah diperkenalkan ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd