Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini telah memperkenalkan salah satu telefon pintar mereka, Galaxy Win pada bulan April yang lepas. Kini, selepas beberapa bulan telefon pintar tersebut turut sama mula dijual oleh pengedar tempatan.

Samsung Galaxy Win

Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin bersaiz 4.7-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz, kamera belakang 5-megapixel, serta bateri berkapasiti 2000mAh. Peranti ini turut dilengkapi dengan Android 4.1 Jelly Bean dan juga antaramuka TouchWiz.

Buat masa ini, Samsung Malaysia masih belum mengumumkan sebarang harga rasmi untuknya. Daripada apa yang dilihat, versi dwi-SIM dijual pada harga sekitar RM960 di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd