Cari @ Amanz

Mozilla hari ini telah pun mengeluarkan kemaskini untuk pelayar web Firefox mereka, dimana melalui Firefox 22 ia menyertakan beberapa fungsi baru untuk para pengguna Windows, Mac dan juga Linux.

Melalui Firefox 22, ia menyertakan semua komponen utama untuk sokongan WebRTC, membolehkan pengguna membuat panggilan audio dan video melalui web-web yang menyokongnya, tanpa menggunakan sebarang plugin tambahan.

Pada masa yang sama, Firefox 22 turut sama menyertakan pengoptimasian enjin OdinMonkey, disamping menyertakan prestasi WebGL yang lebih baik bersama-sama dengannya. Sokongan HTML5 untuk audio dan video juga diperbaiki, dengan kebolehan untuk mengubah kadar memainkan balik fail media.

Bagi para pengguna Firefox sedia ada, boleh melakukan kemaskini automatik, ataupun anda juga boleh memuat-turun ia secara percuma daripada laman rasmi Firefox.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd