Nokia EOS Mungkin Hadir Sebagai Nokia Lumia 1020

Nokia EOS Mungkin Hadir Sebagai Nokia Lumia 1020

Diterbitkan pada June 26, 2013 oleh .

Nokia EOS TertirisPelbagai ura-ura berkaitan telefon pintar kamera 41-megapixel telah kedengaran sejak beberapa bulan sebelum ini, dan dengan Nokia mensasarkan acara khas pada bulan Julai ini, lebih banyak info berkenaan dengannya mula kedengaran.

Terkini, ia dikatakan peranti yang dikenali sebagai Nokia EOS ini kelak akan dikenali sebagai Nokia Lumia 1020. Sekiranya ini benar, maka kita akan melihat Nokia melangkah setapak kehadapan dengan menggunakan angka empat digit untuk versi Nokia Lumia.

Buat masa ini, peranti spesifikasi tinggi daripada Nokia merupakan Lumia 925 untuk pasaran antarabangsa, dan masih belum diperkenalkan untuk pasaran Malaysia buat masa ini.


TIPS & ULASAN