FourSquare Kini Membolehkan Pengguna Untuk “Check-In” Rakan Mereka

FourSquare Kini Membolehkan Pengguna Untuk “Check-In” Rakan Mereka

Diterbitkan pada June 26, 2013 oleh .

FourSquare - Check-InSebelum ini, pihak FourSquare sedia menawarkan kebolehan untuk pengguna tag dan mention rakan mereka ketika check-in di sesuatu lokasi. Kini, mereka menambah satu lagi fungsi menarik pada perkhidmatan mereka, membolehkan pengguna untuk check-in akan rakan mereka di sesuatu lokasi yang sama.

Daripada apa yang diperlihatkan, ketika mendaftar masuk sesuatu lokasi, pengguna boleh memilih pilihan “Im with..”, dan seterusnya menambah rakan-rakan sedia ada anda daripada FourSquare. Seterusnya sebuah notifikasi akan dihantar kepada rakan anda meminta kebenaran untuknya, dan seterusnya sekiranya mereka memberikan kebenaran, maka ia akan check-in untuk mereka pada masa yang sama.

Untuk fungsi baru ini, sebaik sahaja kebenaran diberikan untuk pertama kali, tiada lagi notifikasi akan dipaparkan pada masa akan datang. Namun, seperti biasa, seseorang pengguna boleh memadamkan check-in yang dilakukan dengan hanya satu tap.

Pengenalan fungsi ini juga sekaligus mungkin akan menambah kadar pengguna aktif yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Boleh dikatakan akhir-akhir ini pengguna yang aktif menggunakannya semakin berkurangan, dan mungkin dengan pengenalan ini, pengguna aktif boleh turut mengajak rakan mereka yang sedia mempunyai akaun FourSquare untuk menggunakannya dengan lebih aktif.

Untuk melihat fungsi ini, pengguna perlu mengemaskini aplikasi FourSquare untuk iOS dan juga Android. Ia tidak diketahui lagi bilakah sokongan serupa akan hadir untuk pengguna platform lain.


TIPS & ULASAN