PCMark Akan Hadir Ke Android, iOS Dan Windows RT

PCMark Akan Hadir Ke Android, iOS Dan Windows RT

Diterbitkan pada June 26, 2013 oleh .

PCMarkBagi kebanyakkan pengguna Windows yang sering melakukan pelbagai ujian atas sistem mereka, mungkin sedia mengenali akan perisian PCMark. Kini, pembangunnya turut berkongsi mengatakan versi untuk Android, iOS dan juga Windows RT turut sama akan hadir tidak lama lagi.

Melalui PCMark, ia membolehkan pengguna membuat ujian untuk pelbagai senario berbeza, dan dengan memfokuskan kepada pengguna telefon pintar dan tablet, ia turut sama akan membolehkan pengguna mengetahui prestasi untuk pelbagai tugasan berbeza disamping mengoptimasikan melihat kuasa bateri untuknya.

Tarikh rasmi berkenaan bilakah ia akan dilancarkan masih tidak diketahui buat masa ini.

Untuk makluman, versi terkini yang telah dilancarkan untuk Windows buat masa ini adalah PCMark 8 Professional Edition.


TIPS & ULASAN