Google Dilaporkan Bakal Memperkenalkan Kedai Fizikal “Android Nation” Di Malaysia

Google Dilaporkan Bakal Memperkenalkan Kedai Fizikal “Android Nation” Di Malaysia

Diterbitkan pada June 26, 2013 oleh .

Google baru-baru ini telah pun memperkenalkan kedai fizikal yang dinamakan sebagai Android Nation di India, dan mengikut apa yang dilaporkan, perkara sama juga turut sama akan dilaksanakan di Malaysia tidak lama lagi.

Android Nation boleh dikatakan sebagai kedai fizikal separa rasmi daripada pihak Google, yang mana diperkenalkan bersama-sama rakan kerjasama mereka. Ia telah dimulakan di Indonesia pada tahun lepas dengan hasil kerjasama dengan pihak Erafone, manakala di India pula pihak Google dilihat bekerjasama dengan pihak Spice Global.

Android Nation ini akan berfungsi sebagai pusat sehenti berkenaan Android, membolehkan pengguna untuk mengetahui pelbagai perkara, termasuk mendapatkan bantuan berkenaan Android, mengetahui mengenai aplikasi Android, memuat-turun dan menaik-taraf peranti mereka, serta pelbagai perkara lain lagi.

Kedai fizikal ini juga turut sama akan menyertakan peranti Android pelbagai jenama, disamping turut sama menjual aksesori melaluinya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah tarikh rasmi Android Nation akan diperkenalkan di Malaysia, dan siapakah yang akan menjadi rakan kerjasama Google di sini. Selain Malaysia, antara negara lain yang turut dijangka akan menerima Android Nation adalah termasuk Thailand, Afrika, dan juga Timur Tengah.


TIPS & ULASAN