Xperia Z Ultra Mungkin Akan Hadir Seawal Penghujung Julai Di Malaysia

Diterbitkan pada Jun 26, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semalam, pihak Sony telah pun mengumumkan telefon pintar bersaiz 6.4-inci mereka secara rasminya, dan kini dikongsikan yang mana peranti tersebut kelak akan dilancarkan untuk pasaran tempatan seawal penghujung Julai ataupun awal Ogos kelak.

Xperia Z Ultra

Untuk makluman, Sony Xperia Z Ultra membawakan skrin bersaiz 6.4-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan empa-teras Qualcomm Snapdragon 800 2.2GHz, memori sebanyak 2GB RAM dan juga bateri berkapasiti 3000mAh. Peranti ini dijana menggunakan Android 4.2 Jelly Bean serta menggunakan antaramuka khas Sony.

Sokongan popular lain seperti NFC, dan rekaan kalis air turut disertakan bersama-sama peranti ini.

Seperti biasa, tiada harga jualan yang dikongsikan buat masa ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami