AMD Melancarkan APU A-Series Secara Rasmi Di Malaysia

AMD Melancarkan APU A-Series Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada June 26, 2013 oleh .

Selepas memperlihatkan siri cip pemprosesan baru mereka beberapa minggu lepas, hari ini, pihak AMD Malaysia secara rasminya telah melancarkan cip APU siri-A Elite, yang turut dikenali sebagai “Richland” secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

AMD - Pelancaran APU A-Series

Richland ini membawakan gabungan cip pemprosesan dengan architecture AMD Piledriver bersama-sama dengan grafik Radeon HD 8000. Perkara ini sekaligus membawakan peningkatan prestasi grafik sehingga 15% berbanding sebelumnya, serta membawakan kuasa pemprosesan sehingga 4.4GHz.

Bagi para pengguna desktop yang ingin menaik-taraf komputer mereka, boleh mula mendapatkan cip pemprosesan ini yang ditawarkan dalam pelbagai variasi daripada pelbagai pengedar tempatan.


TIPS & ULASAN