Cari @ Amanz

Hari ini, pihak Microsoft secara rasminya telah pun melancarkan Windows 8.1 Preview, membawakan pelbagai perkara baru dan kemaskini kepada sistem operasi perkomputeran mereka.

Windows 8.1

Windows 8.1 Preview boleh dikatakan sebagai versi percubaan awam untuk sistem operasi Windows akan datang yang dijangka akan dilancarkan kepada semua dalam beberapa bulan lagi.

Pada Windows 8.1 Preview, ia kelihatan pihak Microsoft memberikan lebih banyak kebebasan untuk pengguna dalam mengubah gambar latar, mahupun mengubah saiz Tiles kepada lebih kecil dengan mudah.

Disamping itu, sokongan SkyDrive diintegrasikan dengan lebih menyeluruh, membolehkan pengguna sync pelbagai perkara ke perkhidmatan awan Microsoft tersebut, dan mengaksesnya menggunakan sebarang komputer.

Beberapa aplikasi terbina pada Windows 8.1 turut dikemaskini, termasuk sokongan carian pada sistem operasi tersebut. Pada bahagian desktop pula, Microsoft menyertakan kembali paparan butang Start, membolehkan pengguna klik padanya untuk ke halaman skrin Start.

Pemasangan kemaskini Windows 8.1 kelak akan dilakukan melalui Windows Store, dan perkara sama juga untuk versi Preview ini.

Bagi mereka yang sedia menggunakan Windows 8 atau Windows RT, anda boleh menguji versi Preview ini, dan merujuk ke halaman Windows 8.1 Preview untuk pemasangan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd