Aplikasi Flipboard Akan Datang Ke Windows

Aplikasi Flipboard Akan Datang Ke Windows

Diterbitkan pada June 27, 2013 oleh .

Bersama-sama dengan pengumuman Windows 8.1 Preview, pihak Microsoft juga turut sama berkongsi akan mengenai beberapa aplikasi yang akan hadir ke sistem operasi tersebut, dan salah satunya adalah Flipboard.

Flipboard Windows

Bagi pengguna iOS dan juga Android, mungkin sedia mengenali akan aplikasi ini, dimana ia membolehkan pengguna untuk mengikuti artikel daripada laman-laman kegemaran mereka dalam bentuk paparan yang menarik – menyerupai majalah digital.

Dengan pelbagai tablet berasaskan Windows 8 dan Windows RT yang hadir di pasaran, semestinya penambahan aplikasi ini akan memberikan kesan positif kepada pengguna, sekaligus membolehkan pengguna turut mengikuti pelbagai perkembangan pada komputer mereka.


TIPS & ULASAN