Buat masa ini, hanya aplikasi Twitter rasmi sahaja ditawarkan untuk pengguna Windows 8 yang aktif dalam penggunaan laman sosial, dan kini turut dikongsikan pihak Facebook turut sama akan hadir dengan aplikasi rasmi untuk Windows 8 tidak lama lagi.
Seperti biasa, ia akan turut menyertakan elemen-elemen rekaan Metro, ataupun yang dikenali sebagai ModernUI pada aplikasi tersebut, selain turut menyertakan sokongan notifikasi dan sebagainya.
Selain pengumuman ini, pihak Microsoft turut berkongsi akan mengenai aplikasi Flipboard yang turut akan hadir untuk pengguna Windows 8 tidak lama lagi.