Rekabentuk Logo Baru Motorola Mobility Diperlihatkan

Rekabentuk Logo Baru Motorola Mobility Diperlihatkan

Diterbitkan pada June 27, 2013 oleh .

Motorola Mobility telah pun diambil-alih oleh Google sebelum ini, dan kini ia kelihatan logo rasmi Motorola Mobility turut diberikan nafas baru, dengan beberapa elemen Google.

Motorola Mobility

Daripada logo yang diperlihatkan, ia menerima reaksi dan maklumbalas berbeza daripada ramai pengguna, dan kelihatan ramai yang menyukainya.

Pihak Motorola sendiri telah dilaporkan sedang membangunkan sebuah peranti yang dikenali sebagai MotoX, dan dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Mungkin penjenamaan baru ini turut akan diperkenalkan secara rasmi bersama-sama peranti baru mereka kelak.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan logo baru Motorola Mobility ini?


TIPS & ULASAN