Cari @ Amanz

Sokongan WebGL bukanlah sesuatu yang baru, dan telah sedia disokong oleh Firefox dan Chrome, menawarkan paparan grafik yang lebih baik kepada pengguna. Kini, sokongan sama turut diumumkan untuk Internet Explorer 11.

Internet Explorer 11 adalah pelayar web versi terkini daripada Microsoft, yang mana didatangkan bersama-sama Windows 8.1. Ia turut sama menyertakan beberapa sokongan lain, terutamanya sokongan sync yang lebih baik untuk para pengguna.

Dengan penambahan WebGL juga, ia akan memberikan pengalaman pelayaran web yang lebih baik kepada pengguna.

Namun, adakah perkara ini akan membuatkan pengguna beralih kembali kepada pelayar web yang dibangunkan oleh Microsoft?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd