Aplikasi Bing Baru Hadir Bersama-sama Windows 8.1 Preview

Aplikasi Bing Baru Hadir Bersama-sama Windows 8.1 Preview

Diterbitkan pada June 27, 2013 oleh .

Bersama-sama dengan pengenalan Windows 8.1 Preview, pihak Microsoft juga turut sama memperkenalkan beberapa kemaskini dan juga aplikasi baru Bing untuk para pengguna sistem operasi Windows.

Antara yang menarik perhatian adalah aplikasi Bing Food & Drink, yang mana berfungsi sebagai hab kepada pelbagai perkara berkaitan makanan. Menggunakannya, pengguna bukan sahaja boleh mencari makanan dan mengetahui pelbagai tips, tetapi turut sama mengikuti resipi dan pelbagai perkara lain melaluinya. Aplikasi ini turut dilengkapi dengan sokongan gesture, membolehkan pengguna untuk menggunakannya tanpa menyentuh skrin – sesuai untuk digunakan ketika memasak.

Bing Foods

Selain daripada itu, Bing Health & Fitness turut hadir, dimana seperti pada namanya, membolehkan pengguna mengikuti pelbagai latihan kesihatan, dan mencatatkan perkara berkaitan dengannya menggunakan aplikasi tersebut. Ia turut sama menyertakan maklumat nutrisi makanan dalam usaha mengalakkan cara hidup sihat dikalangan pengguna.

Salah satu fungsi, dinamakan sebagai Sympton Checker turut sama disertakan, membolehkan pengguna mengetahui apakah penyakit dan masalah yang mungkin dihadapi mereka, berdasarkan kepada simpton-simpton yang dialami mereka.

Bing Health

Selain ini, pihak Microsoft juga turut mengemaskini aplikasi Bing Maps dengan beberapa fungsi tambahan, termasuk sokongan carian yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Kesemua aplikasi ini disertakan bersama-sama dengan Windows 8.1 Preview.


TIPS & ULASAN