Dengan fokus pihak Microsoft pada Windows 8 dan pelbagai aplikasi yang didatangkan bersama-sama dengannya, ramai yang turut menantikan kemaskini Office dengan paparan antaramuka “Metro”. Kini, daripada apa yang diketahui, ia dikatakan tidak akan hadir sehinggalah tahun 2014 kelak.
Perkara ini mungkin kerana pihak Microsoft baru sahaja memperkenalkan Office 2013 pada tahun ini.
Daripada apa yang diketahui, Office versi “Metro” ataupun dikenali dengan nama kod “Gemini” ini dijangka akan menyertakan aplikasi Word, PowerPoint, Excel dan juga OneNote bersama-sama dengannya.
Buat masa ini, OneNote versi “Metro” sedia ditawarkan kepada para pengguna, disamping pengguna Windows RT pula mendapat akses kepada perisian Office versi desktop.
Microsoft juga dikatakan komiteddalam membawa beberapa aplikasi Office yang lain dengan paparan Metro. Tetapi tiada sebarang latar masa yang ditetapkan buat masa ini.