Cari @ Amanz

Google sentiasa mengemaskini perkhidmatan pemetaan mereka, dan hari ini gergasi internet berkenaan berkongsi mengenai kemaskini terkini pada Google Maps, dimana tiada lagi gambar kepulan awan kelihatan apabila dilihat melalui mod Google Earth.

Google Earth

Selain daripada itu, pihak Google juga turut menambah gambar-gambar resolusi tinggi untuk pelbagai kawasan di muka bumi, membolehkan pengguna melihat pelbagai lokasi dengan lebih jelas berbanding sebelumnya.

Bagi pengguna yang ingin melihatnya sendiri, anda boleh melayari laman Google Maps hari ini, dan mengaktifkan Google Earth melalui paparan satelit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd